Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bermula Isnin Secara Berperingkat
2018
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong 2018
JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021
Kerajaan
Kerja Kosong
Kerja Kosong 2018
Swasta
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bermula Isnin Secara Berperingkat - Credit To : ejawatankini.com
Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan bermula hari isnin ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT.
Lihat Juga : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Lihat Juga : Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.
Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.
Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.
► Klik untuk senarai jawatan kosong
* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI) |
loading...
|
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bermula Isnin Secara Berperingkat Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
0 comments
Post a Comment