Monday, March 9, 2020

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2020


Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2020 - Credit To : kerjayaharian.com

Senarai Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Tahun 2020

Dalam belanjawan 2020, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk dapat melaksanakan Skim Bantuan yang telah diperkenalkan baru-baru ini.Hal ini demikian akan dapat meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi rakyat telah menghadapi krisis kos sara hidup yang tinggi.

Berikut adalah beberapa bantuan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia

1. Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah salah satu langkah besar Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah rakyat. Bantuan ini adalah dalam bentuk wang tunai dan akan diagihkan melalui beberapa fasa dalam setahun. Bantuan ini akan diberikan kepada beberapa kategori penerima yang layak menerima bantuan ini.Skim bantuan ini juga layak untuk mendapatkan Skim Khairat Kematian yang dibuat di bawah Skim BSH ini.


2.  Program e-Tunai Percuma

Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat.

Melalui program ini, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun layak menerima RM30 kredit dompet digital atau eWallet.


3. Skim mySalam

Di zaman keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini, hasrat kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti golongan B40 diperluaskan dan kita lihat banyak skim-skim bantuan dan perlindungan disediakan untuk rakyat.

Termasuklah program bantuan sokongan yang dikenali sebagai MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful bagi golongan B40.

Mohon Sekarang : Bantuan Skim mySalam

4. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Dan yang menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.


5. Program Subsidi Petrol (PSP) Tahun 2020

Melalui PSP terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Namun penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.


6. Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pekerja Sektor Swasta

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri ketika itu.

Tujuan utama adalah untuk membantu golongan muda yang baru mula kerja untuk memiliki rumah pertama.

Melalui skim ini, kerajaan akan membiayai pembelian rumah pertama anda tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.

Namun ianya khas untuk pekerja di sektor swasta yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Dan nilai rumah yang ingin dibeli hendaklah bermula dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 sahaja.

Daftar Sekarang : Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Kesimpulan

Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat memudahkan urusan anda dan menambah pengetahuan anda dalam mengendalikan bantuan kepada rakyat 2020

Sebarang maklumat baru akan pendaftaran baru untuk bantuan kepada rakyat 2020 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa



► Klik untuk senarai jawatan kosong

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2020 Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...