Cara Mendaftar mySalam Skim Perlindungan Kesihatan
2018
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong 2018
JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2020 - 2021
Kerajaan
Kerja Kosong
Kerja Kosong 2018
Swasta
Cara Mendaftar mySalam Skim Perlindungan Kesihatan - Credit To : kerjayaharian.com
Tuntutan mySalam 2020 Skim Perlindungan Kesihatan
Termasuklah program bantuan sokongan yang dikenali sebagai MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful bagi golongan B40.
Kali ini Kerjaya Harian akan terangkan cara membuat tuntutan MySalam 2020 dengan mudah.
Apa sebenarnya MySalam ni dan manfaatnya kepada rakyat?
Kami akan berikan anda gambaran penuh tentang mySalam dan juga panduan untuk anda membuat tuntutan MySalam 2020 serta apa itu program bantuan sokongan ini.
Anda berminat?
Jom baca!
Apa Itu Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam 2020?
Skim ini memberikan takaful ataupun insurans kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan.
Melalui mySalam, penerima yang berkelayakan akan mendapat bayaran harian berjumlah RM50 sehari terhad kepada 14 hari atau bersamaan RM700 setahun setelah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Selain itu, sekiranya penerima didapati menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan dalam skim ini, bayaran secara ‘one-off’ terus ke akaun penerima sebanyak RM8,000 akan diberikan.
Berikut kami kongsikan maklumat-maklumat penting mengenai skim mySalam ini untuk panduan anda:
Mereka yang layak mendaftar mySalam adalah :
- Individu berusia 18 sehingga 55 tahun yang layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta telah mendapat makluman kelayakan penerimaan mySalam melalui SMS dan;
- Individu yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja dan;
- Yang disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal sama ada dihospital kerajaan mahupun swasta tetapi mendapat rawatan hospital kerajaan sahaja.
INFO TERKINI:
Pada 11 Februari 2020, Kementerian Kewangan telah mengumumkan mengenai perluasan skim perlindungan kesihatan masyarakat (mySalam) atau dahulunya dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40. Perluasan tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 termasuklah penerima BSH individu bujang dan individu OKU.
Maklumat Lanjut: Teks Ucapan Perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
Menerusi Belanjawan 2020, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan Skim MySalam mulai 1 Januari 2020 kepada:
Bukan sahaja golongan B40 tetapi individu yang mempunyai pendapatan kasar RM100,000 setahun yang layak mendapat skim MySalam dengan kadar:
- Bayaran Penyakit Kritikal : RM4,000
- Bayaran Gantian Pendapatan : RM50 sehari (terhad untuk tempoh maksimum 14 hari sekiranya didiagnosis serta memasuki hospital kerajaan)
Rakyat Malaysia yang berusia 18 hingga 65 tahun
- Kelayakan umur penerima skim MySalam dinaikkan pada 65 tahun berbanding 55 tahun sebelum ini.
- Penambahan seramai 1.5 juta individu dijangka akan menerima manfaat skim ini.
Penambahan kepada 45 Jenis Penyakit Kritikal
- Skim MySalam akan ditambah perlindungannya kepada 45 Penyakit Kritikal termasuk terminal dan polio
- Pada ketika ini perlindungan hanya kepada 36 jenis penyakit kritikal
Bagi yang sedang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, mereka boleh membuat permohonan tetapi kelulusan adalah bergantung kepada keadaan dimana mereka mestilah berpendapatan rendah.
Namun, mereka yang telah didiagnos dengan sesuatu keadaan atau penyakit sebelum pelaksanaan skim mySalam tidak akan dilindungi di bawah skim ini.
Bagi mereka yang belum mempunyai apa-apa komplikasi penyakit tidak perlu mendaftar tetapi boleh mendapatkan bantuan skim ini sekiranya jatuh sakit kemudian.
- Mula: 1 Januari 2019
- Tamat: 31 Disember 2023
TARIKH PENDAFTARAN SKIM MYSALAM 2020
Penerima mySalam yang telah menerima SMS makluman yang turut mempunyai kata laluan bagi login masuk ke sistem mySalam secara atas talian boleh mengakses aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
- Buka: 1 Mac 2019
- Aplikasi: Portal mySalam
- Fungsi: Dengan mengakses aplikasi ini, penerima boleh melihat beberapa
- perkara seperti di bawah:
- Semakan Kelayakan
- Butiran manfaat Skim mySalam
- Manfaat kelayakan
- Status Tuntutan
- Senarai Hospital Terlibat
- Soalan Lazim (FAQ)
- Buka: 11 Februari 2020
- Tutup: 31 Mac 2020
- Aplikasi: Pendaftaran Penerima Bukan BSH mySalam
Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mySalam mereka menerusi portal mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan).
Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Semua tuntutan mySalam yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.
Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh penerima skim ini iaitu tuntutan 45 penyakit kritikal dan tuntutan bayaran gantian harian.
- Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
- Klik pada butang pilihan Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
- Bawa borang berkenaan ke hospital yang anda dapatkan rawatan dan minta doktor untuk mengisikan borang tersebut dengan lengkap
- Setelah borang diisi dengan lengkap, imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- Kembali ke laman web rasmi mySalam dan pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > CI Claims
- Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan: Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form DAN Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
- Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan.
Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian
- Dapatkan Surat Keluar Wad / Discharge Note yang mempunyai maklumat seperti tarikh masuk dan keluar wad serta imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
- Pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > Hospitalization
- Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan: - Surat Keluar Wad / Discharge Note - Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
- Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi dan layari butiran di bawah:
FAQ: Soalan Lazim mySalam
Portal Rasmi: Laman Web mySalam
Jutawan Online berharap perkongsian mengenai skim mySalam ini dapat memudahkan urusan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kesihatan.
Mari kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain. Sama-sama kita menyebarkan manfaat skim perlindungan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan ini.
Faq mySalam
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH
► Klik untuk senarai jawatan kosong
* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI) |
loading...
|
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Cara Mendaftar mySalam Skim Perlindungan Kesihatan Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
0 comments
Post a Comment