Wednesday, February 15, 2017

Jawatan Kosong MBPJ - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (21 Februari 2017)

Jawatan Kerja Kosong MBPJ - Majlis Bandaraya Petaling Jaya logo www.ohjob.info februari 2017
Kerja Kosong MBPJ - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Februari 2017
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di MBPJ - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Februari 2017 seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 - 03 Kekosongan
2. Pembantu Kemahiran H19 - 14 Kekosongan
3. Pembantu Kesihatan Awam U19 - 13 Kekosongan
4. Pembantu Penilaian PSH - 02 Kekosongan
5. Pembantu Perpustakaan S19 - 01 Kekosongan
6. Pembantu Tadbir PSH -  29 Kekosongan
7. Pembantu Tadbir P/O - 08 Kekosongan
8. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 - 04 Kekosongan
9. Penolong Pegawai Penilaian W29 - 06 Kekosongan
10. Pembantu Awam Kontrak - 06 Kekosongan
11. Ahli Muzik B29 / B31 - 02 Kekosongan
12. Juruaudit W41 - 01 Kekosongan
13. Jururawat Masyarakat U19 - 01 Kekosongan
14. Pegawai Ehwal Ekonomi - 01 Kekosongan
15. Pegawai Penilaian W41 - 03 Kekosongan
16. Pegawai Tadbir - 02 Kekosongan
17. Pemandu Kenderaan H11 - 15 Kekosongan

Tarikh Tutup Permohonan:- 21 Februari 2017

Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Perjawatan MBPJ. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan  penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan  pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penemapatan baru yang dikenali Petaling Jaya.

Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954.

Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 619,925 orang dan bilangan pegangan harta sebanyak 217,930. Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

Pentadbiran Majlis terdiri daripada 25 orang Ahli Majlis dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar. Ahli Majlis adalah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Datuk Bandar adalah seorang pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Datuk Bandar bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua Jabatan dalam menetapkan dan melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktiviti Majlis. Majlis meluluskan draf undang-undang Majlis dan membentuk polisi-polisi untuk dilaksanakan oleh jabatan.

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong MBPJ - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (21 Februari 2017) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...