Monday, October 17, 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) (27 Oktober 2016)

Jawatan Kerja Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) logo www.ohjob.info oktober 2016
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Oktober 2016
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Oktober 2016 seperti berikut:-

1. PEGAWAI PENILAIAN W41
2. PEMBANTU AWAM H11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon


Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MPPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong.

Sejarah penubuhan MPPG ini bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaran Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118).

Berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor-PKENJ) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mentadbir dan memajukan kawasan Majlis Bandaran Pasir Gudang ini dibawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran.

Mulai 1 Julai 1985, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju PBT Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937 (Bil 118).

Johor Corporation telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari 1 Julai 1977 hingga 30 Jun 2009.

Apabila PBT Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).

Dua orang pegawai Johor Corporation telah dipinjamkan sebagai Yang DiPertua dan Setiausaha MPPG bagi mentadbir MPPG dalam tempoh peralihan, iaitu Tuan Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Johor Corporation telah dilantik sebagai Yang DiPertua dan Encik Mohamad Mazlan Bin Ali, Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation dilantik sebagai Setiausaha MPPG.

Mulai 1 September 2009 tampuk pengurusan MPPG berhijrah ke era baru apabila Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pentadbiran MPPG daripada Johor Corporation dengan menempatkan dua orang Pegawai Tadbir Negeri Johor iaitu Tuan Haji A. Rahim Bin Nin sebagai Yang DiPertua dan Encik Za'nal Bin Haji Misran sebagai Setiausaha bagi mentadbirkan  MPPG.

Selaras dengan penubuhan MPPG, maka perlantikan ahli-ahli majlis telah dibuat pada 1 Julai 2008 yang meliputi 24 zon.  Peranan ahli majlis adalah sebagai penghubung di antara masyarakat setempat dengan pengurusan MPPG.

Hubungi Kami

Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor

No Tel:07-254 7777, 07-251 3720/21/22
No Faks:07-251 5260
E-mel: mppg@johor.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan:- 27 Oktober 2016

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) (27 Oktober 2016) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...