Tuesday, September 20, 2016

Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)


MENGENAI PR1MA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Sebagai contoh salah satu projek yang boleh dimohon sekarang seperti di PR1MA @ Batu Rakit, Terengganu (Kuala Terengganu)

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT PROJEK PR1MA @ Batu Rakit, Terengganu (Kuala Terengganu)


Jenis kediaman
Apartmen

Jumlah unit
350

Cadangan kawasan tapak projek
7.07 Ekar (Tanah rizab Melayu)

Status tanah
Pegangan Bebas

Cadangan saiz unit
• Jenis A (Tengah): 850 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)
• Jenis B (Tepi): 850 kps (3 bilik tidur, 2 bilik air)

Lokasi & Akses Mudah
• 30KM dari Kuala Terengganu melalui Laluan 3685 – Jalan Pantai Penarik
• 10KM dari pekan Merang
• 4KM dari pekan terdekat (Gong Badak)

Cadangan kemudahan
• Surau
• Dewan Serbaguna
• Tadika
• Taska
• Kedai
• Pondok Pengawal

Harga daripada
RM202,000*

*Harga tertakluk kepada perubahan


Untuk pendaftaran : KLIK SINI

APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMOHON

  • Sebelum memohon untuk membeli kediaman PR1MA, anda perlu melengkapkan pendaftaran secara online melalui laman web rasmi kami. Pastikan nombor telefon bimbit dan alamat emel anda yang didaftarkan adalah yang terkini serta aktif.
  • Semua permohonan untuk membeli hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi PR1MA. Pihak PR1MA tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil untuk menjual atau membuat tempahan. PRIMA juga tidak menerima deposit atau bayaran pendahuluan untuk permohonan. 
  • Pemilik kediaman PRIMA haruslah mendiami kediaman PRIMA mereka dan akan dikenakan moratorium selama 10 tahun. Ini bermaksud pemilik tidak boleh menjual, menyewa atau menukar hak milik kediaman PR1MA selama 10 tahun dari tempoh pemilikan.
  • Semua kandungan lukisan projek ini adalah berdasarkan tanggapan artis. Segala maklumat di dalam ini adalah tertakluk pada perubahan tanpa pemberitahuan awal jika sebarang perubahan dikehendaki oleh pihak berkaitan, arkitek pemaju atau ejen dilantik serta tidak boleh digunakan sebagai tawaran.

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:
Loading...

loading...