Kerja Kosong Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) seperti berikut:-1. PEMBANTU TADBIR
2. EJEN MAJIKAN
3. EKSEKUTIF PEMBANGUNAN INSAN
4. EKSEKUTIF PEMBANGUNAN PELAJAR, AKADEMIK DAN KAUNSELING
5. EKSEKUTIF TEKNIKAL DAERAH
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan permohonan online
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu, begitu sinonim dengan pengurusan zakat di Negeri Selangor. Sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.
Dalam tempoh dua dekad penubuhannya, LZS (MAIS) meningkatkan kecemerlangannya sebagai institusi zakat yang disegani dengan sentiasa mempergiatkan gerak kerja dakwah bagi memastikan lebih ramai masyarakat menunaikan rukun Islam ini. Manakala, pengagihan zakat juga ditambah baik agar menyeluruh dan berkesan kepada lapan asnaf yang ditetapkan dalam al Quran melalui lima program pembangunan utama asnaf iaitu Program Pembangunan Sosial, Pendidikan, Ekonomi, Insan dan Pembangunan Institusi Agama.
Tarikh Tutup Permohonan:- 18 Februari 2016