Kerja Kosong Tentera Darat Malaysia (TDM)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Tentera Darat Malaysia (TDM) seperti berikut:-1. Perajurit Muda Lelaki/Wanita
Sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015 pada 1 hingga 4 Ogos 15, Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD.
Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan akhir yang akan dimaklumkan berasingan. Seterusnya calon yang berjaya akan dipanggil menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut:
Tarikh Tutup Permohonan:- 04 Ogos 2015