Program Pembangunan Usahawan Global Yayasan Pahang (09 November 2012)
2012
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong 2012
Jawatan Kosong Kerajaan
Jawatan Kosong Kerajaan 2012
Kerja Kosong 2012
kerja kosong kerajaan
Kerja Kosong Kerajaan 2012
November
Pahang
Kerja Kosong Program Pembangunan Usahawan Global Yayasan Pahang
Program Pembangunan Usahawan Global Yayasan Pahang mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan dijalankan secara selari dan sebagai nilai tambah kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang sedang mengikuti Pengajian Islam di Mesir .Kini sebagai satu dimensi baru dan untuk membangunkan lebih ramai usahawan, Yayasan Pahang dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan berkerjasama untuk menjalankan Program Pembangunan Usahawan YP-MTDC SimbiosisTM khusus untuk Anak Pahang bagi mengkomersilkan hasil penyelidikan tempatan.
Program ini akan menghasilkan usahawan tekno yang bakal menyumbang kepada ekonomi berimpak tinggi dan menjana perkembangan pendapatan yang tinggi selaras dengan dasar-dasar terkini. Program ini merupakan yang pertama seumpamanya dijalankan di peringkat negeri.
Calon-calon yang terpilih akan mengikuti Induksi Khusus dan latihan teknologi, pengkomersilan teknologi, tekno-prenur dan “team building”. Calon – calon yang terpilih juga akan ditempatkan di Inkubator Teknologi untuk membangunkan syarikat baru dan untuk pemindahan teknologi dan pengeluaran prototype pasaran. Seterusnya pengeluaran skala pasaran dan penembusan pasaran awal akan dilakukan.
Yayasan Pahang mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon mengikuti program Pembangunan Usahawan YP-MTDC SimbiosisTM untuk menjadi usahawan tekno.
Kelayakan Memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti yang berikut:
a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang
b. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
2. Serta memenuhi kriteria seperti berikut :
a. Berkelulusan diploma atau ijazah sarjana muda di IPTA/S di dalam negara/luar negara dalam
mana–mana bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.
b. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ini.
c. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
d. Mempunyai sahsiah yang baik dan memiliki personaliti unggul.
e. Bersedia menyahut cabaran.
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang YP di alamat www.yp.org.my dan dilengkapkan serta dihantar ke YP berserta dokumen berkaitan
yang telah disahkan.
Keterangan lanjut
Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-518 1800 Faks: 09-518 1888
(Haji Mohammad b. Ismail/ Safwati bt. Ahmad)
Tarikh Tutup Permohonan :- 09 November 2012
* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI) |
loading...
|
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Program Pembangunan Usahawan Global Yayasan Pahang (09 November 2012) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
0 comments
Post a Comment