(14 Februari 2011) Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
2011
Februari
Januari
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong 2011
Jawatan Kosong Kerajaan 2011
Kerajaan
Kuala Lumpur
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457
Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini:
A. PERIHAL JAWATAN :
Bil | Jawatan | Gred | Klasifikasi Perkhidmatan | Kumpulan Perkhidmatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji |
1 | PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF | N27 | Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan | Sokongan | Tetap | P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10 |
2 | PEMBANTU TADBIR [P/O] | N17 | Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan | Sokongan | Tetap | P1T1 RM830.28 - P1T20 RM2151.35 |
B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)
(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.
( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-
a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.
c) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
d) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.
2. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian & operasi]
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,
( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T1 ),
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T6 ),
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T8 ),
(iv) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau
Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T9 )
(v) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik serta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9)
(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer ),
(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.
C : UMUR
1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
D : BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.
E : ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
F : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.
G : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 14 Februari 2011. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.
* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI) |
loading...
|
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (14 Februari 2011) Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
0 comments
Post a Comment