Thursday, August 12, 2010

(30 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Daerah Jempol

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan warga Daerah Jempol ) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. JURUTERA GRED J41 (TETAP)

Syarat Lantikan
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera bidang kejuruteraan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penetapan Gaji Permulaan
3) Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan

Tempoh Percubaan
4) Jurutera Gred J41 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan
5) Jurutera boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Kursus Induksi/Peperiksaan
6) Jurutera Gred J41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan
7) Jurutera Gred J41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
a) memenuhi tempoh percubaan;
b) hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan; dan
c) diperakui oleh ketua perkhidmatan

Pergerakan Gaji Tahunan
8) Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan

Penilaian Tahap Kecekapan
9) Jurutera hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

CARA MEMOHON:
-Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm beralamat sendiri, bersetem RM0.30 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.

- Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan

- Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

- Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
a) Borang permohonan tidak lengkap
b) Tidak memenuhi syarat iklan
c) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.
d) Tiada cetakan berkomputer resit bayaran RM1.00 sebagai bukti pembelian borang

PERHATIAN:
a) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya;
c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (30 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Daerah Jempol Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...