Saturday, August 7, 2010

(13 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Batu Pahat.

1. (a) Jawatan : Pembantu Penguatkuasa (Letak Kereta) (lelaki sahaja)
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Gred : N17

Jadual Gaji Matriks : P1T1 RM 820.38 – P1 T24 RM 2151.35

Syarat Lantikan :
Calon Bagi Lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii)bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
(ii)berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
(iii)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm;
(iv)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi)diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan. dan
(e) calon yang memiliki kelayakan perenggan 3(c) (i) atau (ii) di atas
hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan : Kontrak

PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00/set di Bahagian Perkhidmatan Am, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Batu Pahat pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat
83000 Batu Pahat

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badanbadan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab A 1973 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;
2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
3. Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
6. Pentadbiran MPBP tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan: 13 Ogos 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (13 Ogos 2010) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...