Tuesday, August 3, 2010

(03-05 Ogos 2010) Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

UJIAN LASAK TERBUKA BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (KONTRAK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia lelaki dan wanita, yang berwibawa dan berminat untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Pengawal Keselamatan (KP11)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam

2. Syarat Lantikan :
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh ujian lasak.
(c) (i) Kelayakan Minimum Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran sekurang-kurangnya (Lulus Pangkat D dalam 6 matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik; atau
(ii) bekas Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Body Mass Index (BMI) = Berat (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
Ukuran BMI 18 hingga 27 sahaja.

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata, pengecaman warna,
pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) wajib lulus pemeriksaan kesihatan.dan
(e) lulus larian sejauh 2.4KM dengan masa 18 hingga 20 minit kepada yang berminat sila datang ke pusat ujian lasak bagi Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak) seperti berikut:-

UNIT BERKUDA,
JABATAN KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN,
DBKL, TAMAN TASIK TITIWANGSA,
JALAN TEMERLOH,
53200 KUALA LUMPUR.

PADA :
i) 3.8.2010 (HARI SELASA)
ii) 4.8.2010 (HARI RABU)
iii) 5.8.2010 (HARI KHAMIS)

Pendaftaran :
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi


Nombor yang dikeluarkan adalah terhad kepada calon-calon yang hadir mengikut waktu pendaftaran sahaja.

Sila Bawa:
(i) KAD PENGENALAN (ASAL);
(ii) SIJIL KELAHIRAN (ASAL);
(iii) SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (ASAL);
(iv) BUKU PERKHIDMATAN TENTERA; (BAGI BEKAS ANGGOTA TENTERA)
(v) SATU SALINAN FOTOSTAT KAD PENGENALAN, SIJIL PERSEKOLAHAN DAN BUKU PERKHIDMATAN TENTERA;
(vi) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT; DAN
(vii) MEMAKAI KEMEJA T WARNA PUTIH, SELUAR PANJANG SUKAN ( TRACK BOTTOM) DAN KASUT SUKAN.

Catatan: Sebarang perbelanjaan yang tuan/puan gunakan untuk ujian lasak ini tidak akan ditanggung oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Diskripsi Tugas:
i. Tugas mengikut giliran (shif)
ii. Menjaga aset-aset milik Datuk Bandar Kuala Lumpur
iii. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (03-05 Ogos 2010) Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...