Tuesday, August 17, 2010

(01 September 2010) Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara (BSLN)

Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan seperti iklan dibawah ini.Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

1? PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T6); atau
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T8); atau
(iv) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T9); Dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/ atau mengambil trengkas).


2? PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N17
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota ringkas (note taking) dangan kenderasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)


3? AHLI FOTOGRAFI GRED B17

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang Seni Foto dan/atau kamera filem atau Seni Lukis
(Gaji permulaan ialah pada Gred B17 : P1T1 RM 827.94)

DESKRIPSI TUGAS
Membuat kerja-kerja fotografi dan penyediaan bahan-bahan bergambar untuk pameran dan kerja-kerja fotografi untuk setiap pementasan khususnya dalam aspek set, prop, kostum bagi tujuan dokumentasi, menguruskan pembelian dan menyelia bahan-bahan keparluan untuk fotografi seperti kamera dan filem.


CARA MEMOHON
1. Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG BSLN 1/94 (Pindaan 2009) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan BSLN atau boleh dimuat turun daripada laman web BSLN http://www.artgallery.gov.my/web/guest/62 . Borang salinan pendua boleh digunakan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijilsijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah disampaikan kepada;

Ketua Pengarah
Balai Seni Lukis Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) )

PERMOHONAN YANG DITOLAK
Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:-
i. tidak menggunakan Borang BSLN 1/94 (Pindaan 2009);
ii. tidak disertakan gambar berukuran pasport;
iii. tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan dan tidak disahkan benar seperti salinan asal;
iv. tidak lengkap dan tidak terang;
v. tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
vi. tidak menandatangani borang permohonan.

CATATAN AM
(a) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Tarikh Tutup Permohonan: 1 September 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak (01 September 2010) Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...