Wednesday, May 26, 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Mersing [Expired: 18 Jun 2010]


Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing :-

1. PENOLONG JURUTERA GRED J29

(a) Skim Perkhidmatan : Penolong Jurutera
(b) Kuasa Tempatan : Majlis Daerah Mersing
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
(e) Taraf Jawatan : TETAP
(f) Gred : Gred J29

Jadual Gaji Matriks :
P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

1. Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2); dan
(ii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang kejuruteraan dan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perengan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3. Penaklukan Dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Jurutera Gred J29 adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaanpindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara memohon :
Semua permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil.21.

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang jawatan kosong Majlis Daerah Mersing (secara percuma) yang boleh dilayari melalui laman web : http://www.mdmersing.gov.my

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, dokumen-dokumen sokongan yang telah diakui sah serta sekeping gambar warna berukuran pasport ( tidak dikembalikan ) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR

Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

Tarikh Tutup: 18 Jun 2010

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Majlis Daerah Mersing [Expired: 18 Jun 2010] Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...