Saturday, May 29, 2010

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru [Expired: 04 Jun 2010]

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau WarganegaraMalaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Kejuruteraan J41 Kontrak
2. Akauntan Kewangan W41 Tetap
3. Penolong Jurutera Kejuruteraan J29 Tetap
4. Penolong Jurutera (Ukur Bahan) Kejuruteraan J29 Tetap
5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perubatan Dan Kesihatan U29 Tetap
6. Penolong Akauntan Kewangan W27 Tetap
7. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Sosial S27 Kontrak
8. Pembantu Pertanian Pertanian G17 Tetap
9. Juruteknik Kejuruteraan J17 Tetap
10. Juruteknik Perancang Bandar & Desa Kejuruteraan J17 Tetap
11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pentadbiran & Sokongan N17 Tetap
12. Pembantu Tadbir (Kewangan) Kewangan W17 Tetap
13. Pembantu Akauntan Kewangan W17 Tetap
14. Pembantu Penilaian Kewangan W17 Tetap


SYARAT-SYARAT LANTIKAN : Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.

JAWATAN 1 (PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA) 2 Kekosongan
(a) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(b) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepas Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred J41 : P1T5 ); atau
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepas Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred J41 : P1T3 ); atau
(d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepas Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred J41 : P1T1 ); (e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (f) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) Mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b), (c) dan (d) di atas.


JAWATAN 2 ( AKAUNTAN ) 1 Kekosongan
(a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8 ); atau (b) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8 ); atau
(c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9 ); atau (d) Ahli Penuh Institut AkauntanMalaysia. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10 );
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(f) Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Akauntan yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b), (c) dan (d) di atas.

JAWATAN 3 & JAWATAN 4 (PENOLONG JURUTERA) 1 Kekosongan & 1 Kekosongan
(a) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-` institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2 ] (b) Lulus BahasaMalaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang kejuruteraan dan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :- (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas.


JAWATAN 5 (PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN) 3 Kekosongan
(a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6 ] (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :- (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas.


JAWATAN 6 ( PENOLONG AKAUNTAN )
(a) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan dan perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W27 : P1T5 ); atau
(b) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8 );
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.


JAWATAN 7 ( PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM ) 1 Kekosongan
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
(b) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5 ); atau
(c) Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5 );
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(e) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b) dan (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.


JAWATAN 8 ( PEMBANTU PERTANIAN ) 1 Kekosongan
(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred G17 : P1T8 );
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN 9 ( JURUTEKNIK ) 5 Kekosongan
(a) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T8 ); (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN 10 ( JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA ) 2 Kekosongan
(a) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9 ); (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN 11 ( PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) ) 10 Kekosongan
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas) (c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah, Operator Wayarles dan Pengawet adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas.


JAWATAN 12 ( PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 2 Kekosongan
JAWATAN 13 ( PEMBANTU AKAUNTAN ) 2 Kekosongan
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2 ); atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5 ); atau
(d) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9 );
(e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN 14 ( PEMBANTU PENILAIAN ) 3 Kekosongan
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T1 ); atau
(b) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9 );
(c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


UMUR : Calon bagi lantikan hendaklah berumur :
(a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b) Pemohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 10cm X 23cm (4 inci X 9 inci) beralamat sendiri dan bersetem 30 sen.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 JUN 2010
(e) Semua permohonan hendaklah DISERTAKAN DENGAN SALINAN SIJIL YANG DIAKUI SAH DAN JUGA GAMBAR BERUKURAN PASPOT YANG TERBARU dan alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

(f) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

CATATAN AM :
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

* Senarai Penuh Jawatan Kosong Yang Telah Dikemaskini (KLIK SINI)

loading...


Terima Kasih Kerana Membaca Dan Menyemak Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru [Expired: 04 Jun 2010] Selamat Memohon Dan Semoga Berjaya Kami Ucapkan, Sila LIKE Facebook Page Kami Dan Kongsikan Kepada Semua.
loading...


Rahsia Temuduga
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
Iklan Disini www.ohjob.info RM30 Sebulan
↑ Iklan Disini RM30 Sebulan ↑

* Iklan Disini RM10 Sebulan (Klik Sini)


PERINGATAN: Kami/Ohjob tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Facebook Comment:

0 comments

Loading...

loading...